Jumaat, 20 Jun 2014

Pilih A ataupun B? (Bab 5)

"Sebab aku sayang kaulah,aku sanggup berkorban.Demi cinta kita."

     "Sweetnya diorang ni!"Jerit Sha tiba tiba.
     "Apa yang sweet?"Tanya nurse Amalina.
     "Haha..tak adalah Kak Amal.Saya baca ni hah,ada orang buat status ditujukan untuk boyfriend dia." Kata Ariesha.
     "Haih,kan best kalau saya boleh cakap macam tu dekat boyfriend saya,kan doktor?"Kata Amalina sambil tersenyum simpul malu-malu.
     "Eh,Kak Amal.Akak dah ada teman istimewa dalam hati akak ke?Siapa kah dia ye kak share lah sikit."Kata Ariesha sambil tersenyum.
      "Doktor Rayyan."Kata Amalina sambil tersenyum menahan ketawanya yang tinggal tunggu masa je nak 'meletup'.Serentak dengan itu,muka Ariesha berubah seketika sebelum Kak Amalina tergelak besar."Sabar Doktor Sha,Kak Amal tak naklah dekat Doktor Rayyan tu,sebab dia tu Doktor Sha punya."Kata Amalina lagi.Ketawanya masih bersisa.
      'Huh lega..'Detik hati Ariesha.Ingatkan betul betul lah Kak Amal tu dah suka dekat Rayyan.Berubah muka Ariesha tadi.Muka dia jadi masam mencuka."Hahaha..Kak Amal ni kan.Suspens je tadi tau!"Kata Ariesha.
   
      Sedang asyik Ariesha dan Kak Amalina. bergurau di reception tingkat 2,tiba-tiba seseorang menegur mereka.
      "Nurse Amalina,saya nak tahu perkembangan pesakit saya yang bilik 2A3 tu."Pinta Doktor Ariel.
     "Oh,sekejap ya Doktor Ariel.Saya nak cari dulu.Sebab kalau tak silap saya nurse shift petang yang simpan.Saya pun tak sure simpan mana.Doktor duduk dululah."Kata Amalina.Doktor Ariel berlalu duduk di kerusi panjang di sebelah kaunter.Ariesha pula sibuk bermain telefon bimbitnya.
      "Assalamualaikum,saya Doktor Ariel."Katanya sambil tersenyum.Ariesha mengangkat muka.
      "Waalaikumsalam,Ariesha.Panggil Sha.Saya doktor praktikal je."Kata Ariesha.Risau dia kalau kalau Rayyan nampak,mesti cemburu.Tak apalah,cemburu tandanya dia sayang kan?
       "Oh,selamat berkenalan.Saya harap,kita boleh bekerjasama suatu hari nanti."Kata Doktor Ariel.
      "Harap haraplah.Terima kasih."Kata Ariesha.Aduh dia ni kan,kalau tak senyum tak boleh ke?Dahlah handsome, senyum manis pulak tu.Dahlah tinggi.Cukup package tu kalau nak dibuat suami.Ehh,Rayyan nak letak mana?
       Tiba tiba Rayyan lalu di kaunter terhenti.Kak Amalina pula tersedar dan kebetulan fail pesakit yang diminta Doktor Ariel dah jumpa.Tak baik buat orang gaduh."Err...Doktor Ariel,ni fail yang doktor minta."Kata Kak Amalina.Gagap pulak Rayyan dekat situ,Membatu pulak.
      "Err...Doktor Ariesha,Doktor Azlan nak jumpa."Kata Rayyan memberanikan diri.Apa daaa nak takut kat mamat tu.Eh,dia girlfriend akulah!
      Ariesha pula terpinga pinga.Ayah nak jumpa?"Err..ok.Saya pergi sekaranglah."Kata Doktor Ariesha.
     "Saya pun dah nak pergi.Jumpa lagi!"Kata Doktor Ariel.Senyum lagi!Sambil membawa fail ke bilik doktornya.Ariesha pula sudah mula mahu bergerak ke lif.Lif terbuka dan Ariesha masuk untuk ke tingkat 5.
     Pantas sahaja tangan Rayyan menekan butang 'G' untuk ke kafe.Kebetulan sekarang dah masa makan tengahari."Sha,tak payah pergi.Ayah awak tak panggil pun."Kata Rayyan.
     "Habistu?Awak panggil saya nak apa?"Tanya Ariesha.
     "Sebab dia kacau awak eh?"Kata Rayyan.Dia pun pelik dengan apa dia cakap.Nak bagi statement ke nak tanya balik?
     "Hmm..susah kalau nak cakap dalam lif ni.Sesak dan sempit.Kita cakap dekat luar sambil makan tengahari.Harini saya nak makan dekat luar.Jom teman!"Kata Rayyan.Ariesha cuma mengikut cakap.

      Selesai memesan makanan,mereka berbual bual hal yang ingin dicakapkan tadi.Alah..sebenarnya hal kecik nak dibesarkan.
      "So,Doktor......."
      "Doktor Ariel."Pantas Ariesha menjawab.
      "Haa...Doktor Ariel kacau awak ke?"
       "Apa pulak nak kacau saya.Tadi saya bual-bual dengan Kak Amal je.Lepastu dia datang nak mintak fail patient dekat Kak Amal.Saya main handphone jelah.Dah tu,dia tanya nama saya.."
      "And then awak bagi?"
      "Of course lah bagi.Dia doktor senior.Kita praktikal je jangan melawan banyak.Doktor Farisya bagi result teruk karang!"
      "Saya tak nak dia usha awak je.."Jujur jawapan Rayyan.
      Ariesha gelak kecil mendengar jawapan Rayyan."Awak ni kan Rayyan,saya tak nak pun sukakan dia...."
      "Walaupun dia suka awak?"
      Ariesha mengangguk."Iyalah..Saya dah ada awak.Awak yang tunggu saya sejak sekolah menengah.Walaupun dulu,saya suka 'dia',kawan awak sendiri.Tapi sekarang saya ada awak!"
       "Aww..So sweet of you.Sebab tu saya suka awak.Awak selalu positif kalau berfikir."Kata Rayyan.

   

   
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan