Ahad, 1 Jun 2014

Pilih A ataupun B? (Bab 4)

3 Tahun Kemudian...

     "Hai!Lama nya tak jumpa korang semua..Walaupun cuti sem ni selalu jumpa..Tapi terasa lama sangat!"Kata Marina."Tulah...tak sedar dah kita dah nak praktikal.."Kata Azrin."Aku harap sangat kita praktikal dekat-dekat..Iyalah..Nak jumpa tiap hari kan..Lagi-lagi yang sedang ehem..ehem..dekat sana tu haa!"Sakat Aida.Rayyan dan Ariesha pula...Redha je lah.."Ish,korang ni kan!?"Marah Ariesha."Sha,sabar jelah.."Kata Rayyan."Kepada Semua pelajar jurusan kedoktoran,sila berkumpul di Dewan Fakulti 2.Terima kasih."Umum corong suara di perkarangan universiti."Okaylah Mar,kami nak gerak dululah.Doakan Praktikal dekat!"Kata Ariesha."Oh,ok.Lagipun saya dah  nak gerak ke Dewan Fakulti Atas 3.Jurusan Fesyen kena berkumpul dekat sana."Kata Marina."Oh,kami pergi dulu ya!Bye..Nanti habis kelas je terus ke kafe tau."Kata Aida.Marina mengangguk dan terus pergi bersama rakan sekuliahnya.

     "Baiklah saya akan panggil nama kamu semua.Bila dipanggil sila kehadapan dan ambil setiap sampul surat.Keputusan ini pun berdasarkan keputusan Ujian Semester Akhir kamu yang lepas dan keputusan ini pun berdasarkan kelayakan kamu,sahsiah kamu."Umum Prof. Mariam,Prof kedoktoran mereka.Nama demi nama diumumkan oleh Prof. Mariam.Selesai semua nama diumumkan.Mereka semua dibenarkan bersurai.Kebanyakan pelajar masih tinggal dalam Dewan Fakulti 2 itu untuk membuka sampul surat yang mengandungi Info berkenaan praktikal mereka dan Keputusan Ujian Semester Akhir tempoh hari.

     "Aku takut lah!"Kata Ariesha."Okay,kita buka sama-sama..Bismillah.."Ucap Aida.Dengan lafaz Bismillah mereka membuka sampul surat itu dan membaca info praktikal mereka dahulu."KL!"Kata Aida."Sama!"Laung Ariesha."Alhamdulillah kita berempat sama!Yeay!"Kata Azrin."Ehh..jap.KL kat area mana?"Tanya Rayyan.Mereka semua kembali menghadap kertas itu."Hospital Sri Selangor."Kata Aida."Eh,samalah!"Kata mereka semua serentak."Eh,seronoknya!Yeay!"Jerit Aida."Happy!Happy jugak..Kau kena ingat..mana kita nak cari rumah dalam masa seminggu."Kata Azrin."Rin,kita tinggal dekat dengan KL kan,so senanglah kita drive je pergi sana."Kata Aida."Oh iyalah!"Kata Azrin..Mereka semua tergelak.

     Malam itu,mereka berkemas kemas.Iyalah kan,esok dah nak balik KL.Dalam sibuk mengemas mereka gembira.Kerana setelah 3 tahun mereka tinggal berjauhan dengan keluarga mereka,mereka dapat juga tinggal semula."Eh,Mar..Dah lama aku nak tanya kau,Kau tinggal dekat mana ye?"Tanya Ariesha."Oh aku tinggal dekat Subang.Jadi boleh tahanlah nak drive dari sana ke tempat praktikal aku."Kata Marina."Oh,nanti..kau bolehlah datang melawat rumah kitorang kan.Kau bolehlah jumpa adik aku!"Kata Ariesha."Adik kau?Zarief kan nama dia.Dah form 2 dah kan?"Kata Mar."Haah.Okaylah kita tidur awal lah..Esok nak balik KL dah!"Kata Aida."Hmm..baiklah.Selamat malam guys!"Ucap Marina lalu naik ke biliknya.

     "Assalamualaikum!Ibu..ayah!"Panggil Ariesha seraya kakinya melangkah masuk ke dalam rumah."Welcome home!"Jerit mereka semua dari ruang tamu."Laa..Cik Dah pun ade ke?"Kata Ariesha sambil menyalami semua di ruang tamu rumah mereka.Ada ibu,ayah,Zarifah,Mak Cik Zabedah dan Kak Aufa anak Mak Cik Zabedah."Sha,make a wish dulu."Kata Ibu Ariesha.Selesai make a wish, Ariesha kemudian meniup lilin pada kek yang tertera tulisan "Welcome Home Kak Sha". "Semua mari kita tangkap gambar sama-sama."Kata Encik Azlan.Kamera DSLR digunakan untuk menangkap gambar.Selesai itu,mereka ke meja makan untuk jamuan kecil.Ibu Ariesha,puan Fatimah memasak makanan kegemaran Ariesha iaitu Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah."Ermm...lama dah tak makan masakan ibu.Sayang ibu!'Kata Ariesha lalu memeluk ibunya,Puan Fatimah.

     Tok..Tok..Tok..."Sha,boleh ibu masuk?"Tanya Puan Fatimah.Ariesha yang sedang menghadap skrin laptopnya kerana ada sedikit kerja yang perlu diselesaikannya."Oh,ibu.Masuklah pintu tak kunci tu."Kata Ariesha.Puan Fatimah memasuki ruang bilik Ariesha yang sederhana besar.Biliknya bewarna biru lembut dihiasi sticker walpaper bunga-bunga kecil bewarna putih.Di satu sudut di rak terdapat pelbagai teddy bear comel hasil pemberian rakannya,mahupun dia sendiri yang membelinya.Maklumlah peminat teddy bear.Di rak itu juga,terdapat pelbagai cenderahati dan nove-novel kesayangannya.Itu baru sikit,kalau dekat bilik bacaan..banyak lagi."Sha,buat apa tu?Ni hah ibu ada buatkan Sha milo ais kegemaran Sha."Kata Puan Fatimah lalu meletakkan secawan milo ais diatas meja tempat Ariesha melakukan kerjanya.Ariesha mencapai mug berisi milo dan meneguknya sehingga tinggal separuh."Sedap milo ais ibu.Sha suka sangat!'Kata Ariesha."Eh,lupa ibu nak tanya..Kamu praktikal dekat mana?"Tanya Puan Fatimah."Oh,Sha praktikal dekat Hospital Sri Selangor dengan kawan kawan Sha semua.Eh,Sha lupa jugak nak tanya.Ayah kerja mana sekarang ni?"Tanya Ariesha."Oh..Ayah sekarang kerja jugalah..Senang sikit kerja Sha,Tapi ayah khusus untuk pembedahan sahaja.Ibu tahu,Sha khusus untuk sakit ringan sahaja."Kata Puan Fatimah."Ohh..okaylah ibu.Sha rasa nak tidur sekarang ni takut lewat untuk esok."Kata Ariesha."Selamat malam.Sayang ibu!"Kata Ariesha lagi!
   
     "Selamat pagi ibu,ayah!Sha,nak pergi kerja dah ni!"Kata Ariesha yang terlampau gembira harini."Eh,Sha.Sarapan dulu jom!"Kata Encik Azlan."Sorry,ayah ibu.Sha tak boleh sangat sebab kami dah janji nak breakfast dengan diorang semua dekat kafe.Sebab kami kena daftar pukul 9 nanti jadi ada masa ni,nak breakfast sama sama lah ni!"Kata Ariesha panjang lebar."Ok Sha!Goodluck tau!"Ucap Ibunya."Hah,Sha.Sha drive sendiri ke?Tak nak sekali dengan ayah ke?"Tanya Ayahnya."Hmm..tak apalah ayah.Nanti takut clash dengan time ayah pulak kan.Ok,Sha nak gerak dah ni!Assalamualaikum..Wish me the best!I'm trying!"Ucap Sha sebelum meninggalkan ruang makan.Sempat lagi dia berhenti di hadapan cermin berdekatan pintu rumahnya.Dia yang bertudung ungu,berbaju blaus labuh berbunga kecil berwarna biru,dan memakai skirt labuh hitam warna itu cukup untuk membuatnya gembira.

     "Morning guys!Sorry Sha lewat sikit.Jammed tadi dekat Highway."Kata Ariesha."Nevermind Sha.Kita pun baru nak mula jamah makan ni.Lagipun,ehem ehem kau ni pun belum makan.Baru sampai katanya."Sindir Aida.Ariesha tergelak kecil."Jomlah Sha,saya teman awak.Lagipun saya tak makan lagi ni."Kata Rayyan."Aww..so sweet you guys!Happy together right?Haha.."Kata Azrin.Semua ketawa.Selesai membeli makanan,mereka kembali duduk di meja itu.Sedang mereka rancak berbual,Rayyan tersedar apabila jam menunjukkan jam 8.50 pagi."Eh,korang dah almost 9 dah.Jomlah kita gerak dulu."Kata Rayyan."Eh jomlah!"Kata Ariesha yang sedang menghabiskan tegukan yang terakhir pada air nescafe suam nya.

     "Assalamualaikum,Cik saya datang ni nak daftar untuk praktikal."Ucap Ariesha mewakili rakannya yang lain."Oh,praktikal ya.Err..sekejap ya?"Kata jururawat di kaunter reception itu.Dia kelihatan menghubungi seseorang."Err..Cik,boleh masuk ke bilik yang itu ya."Kata nurse itu."Oh,terima kasih ya!"Kata Ariesha dan rakannya.

     Tok..Tok..Tok..Aida mengetuk pintu.Doktor Farisya pula sedang meneliti portfolio bakal doktor praktikal di bawah pengawasannya.."Sila masuk."Kata Doktor Farisya. "Assalamualaikum,doktor."Kata mereka."Waalaikumsalam..Silakan duduk."Kata Doktor Farisya.Mereka semua duduk di atas sofa di ruangan Doktor Farisya yang agak besar juga."Baiklah,awak ber4 sahaja ke?"Tanya Doktor Farisya.Mereka terpinga pinga."Berempat?Maksud doktor?"Kata Azrin."Setahu saya,doktor praktikal di bawah pengawasan saya ada 5 orang.Datang dari fakulti yang sama.Nama dia kalau tak silap saya,Nurul Aqilah."Kata Doktor Farisya."Nurul Aqilah?"Mereka semua terkejut gila! 'Si psycho tu praktikal sini?'Fikir Rayyan sambil emmandang Ariesha.Serius,muka dia tenang gila!Tenang kau cakap Rayyan?Hati aku ni tak tenteram gila tau!"Hmm..tak apalah.Anyway,awak yang baju biru.Awak Zahra Ariesha anak Doktor Azlan kan?Atau saya salah orang?"Kata doktor Farisya."Eh,doktor tak salah.Memang saya anak Doktor Azlan.Panggil Sha je."Kata Ariesha."Tak apalah kita proceed je without Nurul Aqilah."Kata Dr.Farisya.Dr,Farisya kemudiannya memberi penerangan panjang lebar.Jam 9.15 mereka semua boleh pulang.Praktikal akan bermula besok.Jam 9.15 itu jugalah Kiki baru menunjukkan batang hidungnya dihadapan bilik Dr.Farisya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan