Isnin, 30 Jun 2014

Pilih A ataupun B? (Bab 6)

     Puan Farida duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya.Bahu anaknya yang sedang menonton perlawanan bola sepak diusap perlahan.
      "Ya mama?"Tanya Rayyan.
      "Err...Mama nak tanya something boleh?"
      "Hmm..Tanya jelah ma."
      "Rayyan dah berpunya ke?"
      "Berpunya?"Terkejut Rayyan mendengar soalan mamanya.
       "Haah..Berpunya.Means that you have someone in your heart?"
       "Actually,there is someone that I love so much ma."
       "Oh,siapa yang bertuah dapat hati anak mama ni?"
       "Err...Mama kenal tak Zahra Ariesha?Anak aunty Fatimah?"
       "Zahra..Zahra.,Err..."Puan Farida berfikir..
       Rayyan menepuk dahi seakan lupa sesuatu."Orang selalu panggil nama manja dia Sha atau Ariesha.Nama Zahra tu orang jarang panggil."
       "Oh,Ariesha.Cakaplah awal awal.Baik budaknya tu.Sopan santun."
       "Sopan santun tu memanglah.Tapi dia jenis sempoi je budaknya."Rayyan gelak.
       "So she is my son's future wife?"
       "Insyaallah ma."Jawab Rayyan.
       "Nanti mama bincang dengan aunty Fatimah ok.Jangan risaulah."Kata Puan Farida.Rayyan mengangguk bersetuju.Tak melawan sebab dia ikut sahaja mana yang baik untuk semua pihak.

      Puan Fatimah sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.Tiba-tiba lonceng rumahnya berbunyi.Dia terus ke pintu pagar.
     "Assalamualaikum,Fatimah!"Panggil suara dari luar pintu pagar.
     Puan Fatimah terus ke pintu pagar kecil rumahnya."Waalaikumsalam.Eh,Farida. Masuklah dulu."Jemput Puan Fatimah.Mereka kemudian pergi ke ruang tamu rumahnya.Puan Fatimah menghidangkan air kepada tetamunya.
     "Fatimah,saya datang ni nak bincang dengan awak.Awak apa khabar?"
     "Alhamdulillah saya sihat.Ada apa yang penting ke?"
     "Ini berkaitan masa depan Ariesha dan Rayyan.."
     " Oh..Ariesha dengan Rayyan ke?Awak tahu.."
     "Haah..Saya tahu.Saya sebenarnya bercadang nak tunangkan diorang dulu. Janganlah kahwin dulu.Takut cepat sangat.Diorang baru 22 tahun."
     "Hmm...Cadangan awak tu,baguslah Farida.Nanti saya bincang dengan Sha.Nanti kita bincang lagi sekali ya."
     "Hah!Baguslah tu.Eh,saya balik dulu ya.Nak ambik Reena dekat sekolah.Assalamualaikum."Kata Puan Farida.Puan Fatimah menjawab salam.

     Saat Ariesha melangkah masuk kedalam rumahnya sahaja,dah ada yang memanggil-manggil namanya.Siapa lagi kalau bukan ibu tercinta.Ibu,Sha penat!
     "Iya ibu...Ada apa?"Kata Ariesha sambil mendekati sofa.
     "Duduk sini.Ibu nak tanya kamu ni.."
     "Haa..Ada apa ibu?Suspend semacam je."
     "Tak delah..Ibu nak ajak Rayyan makan!"Kata Puan Fatimah.Ariesha yang sedang menghirup milo ais yang sudah siap tersedia hampir sahaja tersedak.
     "Haa?Makan?"
     "Haahlah..Makan.Kenapa pulak?"
     "Ehh..ibu ni.Sha yang patut tanya kenapa..Ini terbalik pulak."
     "Sha taknak tunang dengan Rayyan ke?"
     "Uhuk..Uhuk.."
     "Amboi...Sampai terbatuk bagai ni kenapa?"
     "Tak adelah..Uhuk..Uhuk..Ibu tahu ke?"
     "Of course I know.I am your mother tau."
     "Err...Nak tu,naklah tapi..Sha muda lagi tau!"
     "Haa..sebab tulah.Ibu dengan Mama Rayyan nak korang tunang dulu.Akhir praktikal nanti.Okay?"
     "Uhuk..Uhuk..."Terbatuk lagi Sha."Akhir Praktikal nanti?"Maknanya...1 bulan lebih lagi...Oh tidakk!
      "Haah..Kamu setuju ke?"
      "Err...Sha nak fikir dulu ibu.Sha naik dulu ya."Kata Ariesha lalu masuk kedalam biliknya di tingkat atas.

     Siling biliknya ditenung lama.Kipas yang berputar ligat dipandang.Walaupun aircond tak dipasang,tapi rasa macam aircond dah dipasang 11 darjah celcius je.Apasal malam ni seram sejuk semacam sahaja?Tiba-tiba telefon yang digenggamnya sejak tadi berbunyi.Nama Rayyan terpapar.Terus butang 'answer' ditekan.
     "Hai awak..Sorrylah kalau kacau malam-malam buta ni."
     "Eh tak adalah.Saya tengah tak buat apa ni.Dengar lagu dekat radio je."
     "Awak...Err...Ibu awak dah bagitau......"
     "Pasal kita?"
     "Haah..Bukan pasak kita je.Malah pasal kita dan pertunangan kita."
     "Saya tau.Saya takut tak ready je.Nak jadi tunang orang kan?"Serentak mereka gelak kecil.
     "Saya pun..Nak jadi tunang orang yang degil dan nakal ni susah sikit."Jawab Rayyan sambil gelak.
     "Awak ni kan!Tak baiklah.."
     "Tapi kan,kalau kita nak tunang akhir praktikal ni,nak kahwin...Awal tahun depan nak?"Tanya Rayyan.
     "Awak...Saya kata saya tak ready kan."
     "Okay..Okay..Saya fahamlah awak.Awak masih muda.Or instead we are still young.Memang,tapi...Please,Jangan tunang lama lama."
     "I understand.Dahlah..dah malam ni.Goodnight.Assalamualaikum."Ariesha memutuskan taliannya.Ehh..Apa sejuk sangat malam ni..Kepala pening sangat!

     "Sha...Sha...Bangun Sha.Dah pukul berapa tak nak pergi kerja ke?"Panggil Puan Fatimah lalu duduk di birai katil Sha."Ehh...Sha,badan panas ni.Sha demam ke?"
     Ariesha pula seakan tersedar dari mimpi.Kepalanya berat sangat."Hah?Pukul berapa dah ni ibu?"Kata Sha.Kepalanya berdenyut denyut.
     "Dah pukul 8 dah.Tapi Sha demam ni."
     "Alaaa..ibu,Sha nak kerjalah."Ariesha cuba bangun.Tetapi dihalang oleh ibunya.
     "Tak payahlah kerja harini.Amik MC 2 hari.Nanti ibu bagitau ayah suruh pesan dengan Dr.Farisya eh.Dah..Sha rehat dulu."Kata ibunya.
   
     "Apa aunty?Demam..Macam mana boleh demam pulak ni aunty?"Tanya Rayyan.
     ".........."
     "Haa..Macam tu pulak.Ok lah nanti Rayyan bagitau dengan Dr.Farisya."
     "..........."
     "Waalaikumsalam.."Talian diputuskan dari sebelah sana.
    "Siapa yang demam Rayyan?"Tanya Aida.
    "Kawan baik kaulah.Si kecik nakal dan degil tu."Kata Rayyan.
    "Sha?Uish...ada yang nak melawat la tu..."Sindir Azrin ada sahaja kan modal nak mengusik dan menyakat tu.
    "Ish..Kau ni kan.Time macam ni jugak nak sakat aku.Tak kering modal aku tengok.Hah,kau pergi check patient bilik 2B5 tu.Aku nak jumpa Dr.Farisya dulu ya."Kata Rayyan sambil memberikan butiran pesakit bilik 2B5 itu kepada Azrin.
     "Hek eleh..Pentingkan girlfriend..Kawan baik tak ingat!"Kata Azrin.Aida cuma menggeleng kepala melihat kawan kawan baiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan