Hari pertama,di Universiti,Kuantan Pahang atau UNIKP Zahra Arieterasa sangat gembira. Setelah hampir setahun tidak berjumpa Rayyan dan Azrin.Rindunya membuak-buak pada Azrin terutamanya.Dia kan sukakan Azrin,tidak dipandang pun si Rayyan itu.Tetapi Azrin pula yang tak pandang dia.Nasib dia.Kasihan.
Selesai mendaftar untuk semester pertama dalam bidang perubatan,Ariesha dan Aida ke kafe Citra di tingkat bawah universiti.Selesai memesan makanan dikaunter, Ariesha dan Aida duduk di meja yang berada ditepi dinding."Aida,perjumpaan pukul berapa?"Tanyanya kepada Aida."Pukul 12 nanti.Sekarang baru pukul 10.45."Kata Aida.Pesanan mereka tiba.Setelah makan,mereka keliling universiti.Sedang jalan mereka terserempak dengan Rayyan dan Azrin.Ariesha pula,senyum ketelinga jumpa kesayangan,Azrin.Walaupun banyak kali Azrin menolak,Ariesha tetap menaruh harapan padanya.
"Rayyan,kau nak pergi mana lepas ni?"Tanya Azrin."Aku nak jalan jalan keliling U dululah.Kalau nak balik hostel,jalan 10 minit.Takut tak sempat sebab pukul 12 ada perjumpaan pelajar perubatan."Kata Rayyan."Oh,yalah.Hmm...aku laparlah.Jom makan!"Kata Azrin."Hah?Lapar.Kita dah makan roti kan sebelum datang.Lapar lagi?"Kata Rayyan."Hei!Roti bakar 2 keping je kan dekat hostel.Ofcos lah lapar kau ni pun!"Marah Azrin."Relaxlah bro.Aku gurau je.Tapi aku tengok jelah kau makan.Aku kenyang tak lapar lagi."Kata Rayyan sambil mencuit bahu Azrin."Rayyan!Azrin!"Panggil Ariesha."Azrin,Ariesha panggil kau."Kata Rayyan.Suaranya seakan hampa.Walaupun Ariesha tetap memanggilmya,namun dia tahu Ariesha seakan menaruh harapan pada Azrin.
Azrin berbaring dia atas katil dihostel universitinya.Rayyan,Halim dan Rafeeq pergi ke padang untuk bermain bola bersama.Azrin pula,malas untuk kepadang.Alasannya,penat,letih.Walhal,tadi tak adalah banyak kelas,hanya ada 1 kelas sahaja.Siling putih dipandangnya.Terbayang wajah Ariesha.'Kenapa dia tak faham?Aku cuma anggap dia kawan baik aku sahaja.Tak mengharap lebih.'Fikir Azrin.Dia berharap,Ariesha dapat menjumpai lelaki yang sesuai untuknya lebih baik daripadanya.'Huh!Ariesha.Kau faham sahajalah..'Keluh Azrin lagi.
Kringgggg!!Jam lonceng milik Rayyan berbunyi.Semua ahli bilik 301 bangun!Jam 5.30 pagi.Rayyan mengosok lembut kelopak matanya.Dia mencapai tuala mandi dan segera ke bilik air untuk mandi pagi.Kelasnya pada pagi ini jam 9 pagi bagi kelas perubatan dan 3 petang bagi kelas biologi.Selesai mandi,Rayyan ke surau untuk solat subuh berjemaah.Abang Khairul menjadi imam.Pelajar tahun 4 bidang seni lukis dan arkitek.Jam 6.30,Rayyan kembali ke biliknya.Azrin,Halim dan Rafeeq telah terjaga tetapi solat dibilik sahaja."Eh,Rayyan.Kau solat kesurau ke?"Tanya Halim."Haah,aku tengok korang semua belum bangun.Aku pergi sendirilah."Terang Rayyan."Kelas pagi?"Tanya Rafeeq."Pukul 9,jom sarapan dekat kafe."Kata Azrin tiba tiba muncul."Jom,lepastu aku nak terus ke Universiti sebab nak ulangkaji."Kata Rayyan.
Halim,Rafeeq,Azrin dan Rayyan berjalan beriringan ke universiti yang terletak kira kira 400 meter dari hostel.Halim dan Rafeeq mengambil jurusan seni lukis manakala mereka memgambil jurusan perubatan.Bakal doktor la katakan.Tanpa mereka sedari,sepasang mata memandang mereka.
Nurul Aqilah,atau lebih mesra dipanggil Kiki duduk di bangku di taman universiti.Rambut panjang separas bahunya dielus lembut. 'Hensemnya,Rayyan. Kalahlah Syahmy.'Kata hatinya.Syahmy Zairy,meminatinya sejak mula semester lagi.Cinta pandang pertama.'Aku nak dia'Tekad hatinya.Tiba-tiba....
"Adui!"Keluh Kiki.Pinggangnya diurut."Kiki!Bangun!"Panggil Feeza."Za!Kau boleh jangan kejutkan aku.Sakit tau!"Marah Kiki.Dia masih lagi mamai."Kiki,kau yang takutkan aku.Kau cakap aku nak dia!Kau mengigau ni.Mengigau siapa?"Tanya Feeza. "Hmm..aku lupalah.Mimpi kot.Dahlah aku nak mandi."Kata Kiki."Eh,Maria dengan Atin mana?"Tanya Kiki lagi."Kau nak tahu?Sekarang dah pukul 7.50."Kata Feeza."Hah?"Terkejut Kiki.Patutlah Feeza bawa beg tangannya dan membawa buku di tangannya."Kiki!Kiki!"Panggil Feeza."Aku nak bagitau dia,aku nak pergi dulu.Tak apalah."Omel Feeza sendiri.Tangannya ligat menulis diatas sehelai kertas kecil.
"Alamak!Dah pukul 9!"Cemas Kiki.Dia memasuki kelas tepat jam 9.05.Prof Izuan sedang mengajar subjek Fizik."Nurul Aqilah.Lewat lagi?"Sindir Prof Izuan."Sorry prof.Saya...terlewat bangun..."Terketar-ketar jawapan Kiki. "Bagus!Hari-hari bangunlah lewat."Prof Izuan menyindir lagi."Ss...sorry prof."Kata Kiki lagi.Kali ini lebih teruk terketar-ketar."Jadi,disebabkan awak lewat sebab bangun lewat.Mesti awak dah baca kan topik yang saya suruh baca minggu lepas kan?"Kata Prof Izuan.'Alamak!Itu pun aku lupa.Satu benda aku tak buat.'Fikir Kiki.Seluruh kelas menahan tawa gelak melihat muka Kiki.
"Tulah kau.Aku kejut tak nak bangun.Siap mengigau lagi!"Kata Feeza."Alah kau ni.Tolonglah kawan kau ni yang tengah tak ada semangat.Dahlah kena perli,marah,gelak lagi."Kata Kiki mukanya merah padam.Malu."Kau tahu tak,tadi, Rayyan kesayangan kau pandang kau."Kata Feeza."Yakah?"Hatinya riang."Haah..Lepastu kau tahu tak?"Kata Feeza."Apa dia?'Kiki tertanya tanya."Dia kan.....gelakkan kau.Hahaha..."Kata Feeza.Ketawanya terburai.Haha..."Kau ni.Aku ingatkan apa."Kiki kembali sedih.Kiki kembali menghirup air teh o ais limau.'Alaa..kesayangan.Gelakkan aku ke?Malunya...'Fikir Kiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan