Sabtu, 29 Mac 2014

Pilih A ataupun B?(bab2)

     "Assalamualaikum.Sha"Panggil Aida dari luar."Waalaikumsalam..Aida."Sha membuka pintu.Disebelah Aida ada seorang gadis.Sebaya mungkin dan rasanya macam pernah dilihat di universiti sahaja?Bertudung dan manis orangnya.Mereka kemudiannya duduk di atas sofa panjang di ruang tamu.

     "Sha,kenalkan.Ini Marina.Housemate baru kita."Kata Aida."Hai Marina.Zahra Ariesha.Panggil Sha."Kata Ariesha memperkenalkan dirinya."Hai Sha.Marina Shariza.Panggil Mar."Kata Marina."Sha,Mar nak sewa bilik dengan kita sekali.Aku dah bagitau semuanya dengan dia.So,kau tinggal bagi dia kunci dan tunjuk dia bilik jelah."Kata Aida."Ok Mar.Welcome to our house.Rumah kami kecil je."Kata Sha."Eh,tak adalah.Rumah awak kira besar.3 Bilik kan.Lagipun dekat dengan kolej.Senang."Kata Marina."UniKP?Jurusan apa?Tahun berapa?"Tanya Sha."Yup,saya UniKP.Jurusan Fesyen.Tahun pertama.Anyway kita sebaya."Kata Marina sambil tersenyum.Senyumannya sungguh manis,dahlah orangnya putih.

     Keesokannya,Ariesha bangun pagi untuk masak sarapan pagi.Nasi goreng sahaja.Itu sudah cukup untuk sarapan.Kalau lapar boleh makan di kafe.Aida pula turun bersama Marina."Morning!"Ucap Sha."Morning Sha."Ucap mereka serentak.kelihatan Marina sudah bersiap memakai blaus ungu dan berskirt labuh hitam dan bertudung biru.Mukanya disolek nipis."Mar,kelas pagi ke?"Tanya Sha. "Haah.Saya punya kelas bukan pagi sangat.Dalam pukul 10 macam tu.Pergi awal nak buat research dulu."Kata Marina."Mar,awak pergi naik apa?"Tanya Aida."Jalan kaki.Lagipun sihat."Kata Marina."Awak naik kereta sayalah.Saya boleh kongsi kereta dengan Aida."Pelawa Sha."Eh,tak apalah.Menyusahkan."Jawab Marina walaupun jawapannya tidak masuk dek akal.Iyalah,kereta dua,seorang jurusan lain lagi dua sama.Kelas,pastinya sama."Tak apalah.Pergi je.Lagipun ini pagi lagi.Baru pukul 7.30.Bahaya keluar pagi-pagi.Nah ambil.Awak boleh bawa kereta kan?"Tanya Sha. "Boleh.Terima kasih dan maaflah susahkan awak."Kata Marina."Mar,kita housemate kan.Ofcourse kita kawan.Kawan harus saling membantu."Kata Aida.Mereka berpelukan.

     Malam itu,mereka duduk di ruang tamu rumah teres 2 tingkat itu selesai makan malam.Sha membaca buku rujukan,Mar dan Aida sedang menaip di komputer riba masing masing.TV pula dibiar terpasang.Jam pula menunjukkan pukul 9.30 malam sudah."Hah?Dah pukul 10 ke?"Tanya Aida tiba tiba.Mar dan Sha terus mengerling ke jam di dinding."Dah malam rupanya.Aku pulak tak selesai rujuk buku ni!"Keluh Sha."Samalah.Aku tak siap rujuk lagi.Esok dahlah kelas pagi."Keluh Mar.Tiba-tiba telefon bimbit Sha berbunyi.Skrin ditenung.'Hah?'Fikirnya."Sha,jawablah."Gesa Mar.
"Helo..Assalamualaikum Rayyan."
"Waalaikumsalam Sha.Sorry aku kacau kau ke?"suara Rayyan cemas.
"Eh,tak adalah.Kenapa ni?Ada apa?"
"Sha,Azrin..Sha."
"Azrin?Kenapa dengan Azrin?"Sha cemas.Dia mula risau.
"Dia..dekat hospital.Boleh kau datang sekarang?"
"Ya Allah!Ok..aku datang sekarang ya.Jumpa kat sana."
Talian diputuskan.Sha hampir menumpahkan air matanya..Namun ditahan.
"Aida,Mar..Azrin masuk hospital."Beritahu Sha."Ya Allah!Kenapa dengan Azrin?"Tanya Aida."Entah..jomlah kita pergi."Kata Sha.mereka terus bersiap ala kadar.

     "Sha,kau bagi aku drive lah."Pinta Mar."Eh,Mar.Aku boleh drive.Aku ok."Kata Sha."Tak apalah..Kau tak ok tu.Nanti ada apa apa jadi.Dah kau duduk belakang dengan Aida sana."Kata Mar lalu mengambil kunci kereta Sha ditangannya.Sha menangis..Dia berasa amat risau.'Sha,sabar Sha.Aku tahu kau suka Azrin..bila Azrin ada jadi apa apa kau mesti risau.Tapi..Azrin tak sukakan kau.'Aida berfikir.Terdetik kasihan pada dirinya.Sha meletakkan kepalanya pada bahu Aida.Aida memeluk Sha.

     "Rayyan!!Mana Azrin?"Panggil Sha apabila tiba di hospital."Sha,Azrin dalam wad.Aku tunggu kau ni!"Kata Rayyan.Hatinya sikit sayu melihat Sha yang teramat risau dengan Azrin."Kenapa dengan dia?"Tanya Sha."Relax Sha.Sebenarnya Azrin kena keracunan makanan.Dia muntah muntah.Muka dia pucat.Halim dengan Rafeeq jaga dia dalam wad."Kata Rayyan."Alhamdulillah..Aku ingatkan apa tadi."Kata Sha.Sha masuk ke wad Azrin."Kitorang keluar dululah.Nak pergi kafe."Pinta Halim dan Rafeeq."Sha,aku keluar dululah."Kata Rayyan.Aida dan Mar menunggu di luar bersama Rayyan.

     "Rayyan,kau sabar jelah."Kata Aida."Hah?Kenapa?"Rayyan pelik.Muka aku nampak sedih sangat ke?"Aku tahu kau suka Sha.Bila kau nampak diorang,kau sedih sangat.Dari muka kau."Kata Aida.Mar setia mendengar."Hah?"Rayyan terkejut."Relaxlah.Aku suppotprt korang sebagai kawan.Jodoh dan ketentuan ditangan Allah.Manalah tahu jodoh Sha bukan demgan korang ke."Kata Aida.Rayyan gelak kecil.Mar pula tidak tahan lagi hendak tanya."Chopp!!Aku nak tanya ni.Sorry mencelah.Hubungan Sha dengan Rayyan apa?Hubungan Sha dengan Azrin apa?Hubungan kau dengan Rayyan apa?"Tanya Mar.Rayyan dan Aida berpandangan.Rayyan mengangguk.Aida mengeluh."Mar,sebenarnya ini rumit.Kau kena betul betul.Sha sukakan Azrin.Rayyan pula sukakan Sha.Aku dengan Rayyan kawan baik.Malah bukan kami berempat ni kawan baik sejak sekolah menengah lagi tau."Kata Aida."Ok,itu tidak serumit mana."Kata Mar."Mar,kau kata tak rumit?Kau tengok mamat sorang ni.Muka masam semacam..Depan Sha,kau tengok dia happy bagai nak rak.Si Sha ni,sukakan Azrin,Tapi aku kasihan dengan dia.Sebab Azrin dah cakap,dia tak sukakan Sha.Dia anggap Sha kawan baik dia je."Kata Aida."Oh..kesian Sha dengan kau Rayyan."Kata Mar.Terbit rasa kasihan pada dirinya,

     "Hai awak.Awak ok ke?"Tanya Sha."Eh,saya ok lah.Cuma keracunan makanan sikit je."Kata Azrin.'Hadoi,Rayyan ni.Aku dah cakap..Jangan bagitau Sha.Dia bagitau juga.'Keluh Azrin."Ok apanya!Muka awak pucatlah."Kata Sha."Ala,sikit je ni."Kata Azrin.Sha mengerling jam tangannya.'Alamak pukul 10.40 dah?'Keluhnya."Hmm..awak,besok awak MC kelas kan.Saya nak pergi kelas esok,Dah malam.Nak kena balik."Kata Sha."Haahlah.Esok,bolehlah datang sini.Studi sama sama."Kata Azrin."Eh,lupa nak tanya.Awak datang ke hospital dengan siapa?"Tanya Sha."Oh,Rafeeq minta tolong Pak Su dia.Tadi dia call pak su dia.Sekarang Pak Su dia dah baliklah.Dah malam."Kata Azrin."Oh..ok.Saya balik dululah.Malam sangat dah ni.Nak bangun esok nak pergi kelas.Besok saya datang belajar dengan awaklah."Kata Sha."Ok,Bye.Selamat malam."Kata Azrin.Sha keluar dari wad Azrin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan