Isnin, 17 Mac 2014

Pilih A atupun B?(prolog)

     "Ibu,Sha dapat masuk!"Jerita Zahra Ariesha."Ya Sha?Tahniah!"Ucap Puan Marina.
"Jadi bila Sha kena lapor diri untuk kemasukan?"Tanya Puan Marina.Zahra meneliti surat ditangannya."Hmm..sini tulis 20 haribulan.Jadi Sha kena pergi awal untuk mohon kemasukan tempat dekat hostel."Kata Ariesha.Puan Marina menganngguk.

     "Alhamdulillah."Ucap Rayyan tanda bersyukur.Lantas telefon bimbitnya dicapai.Nombor didail.Terdengar suara dari talian sebelah sana.
"Assalamualaikum,Sha."Ucap Rayyan.
"Waalaikumsalam."Balas Ariesha.
"Sha,kau dapat dekat mana?"Tanya Rayyan.
"Alhamdulillah..aku dapat dekat Kuantan.Sama macam Aida."
"Oh,Yakah?Samalah kita.Lah,tak sangka betul?"
"Haha..Agak-agak,Azrin dapat universiti mana ya?"
Nada dan Mood Rayyan serta merta berubah.Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab.
"Hmm..mana saya tahu.Ok lah.Saya ada hal.Assalamualaikum,Bye."
Talian diputuskan..Angin cemburu datang lagi!Oh!Perasaan yang kubenci.

     Pon!Pon!Posmen membunyikan hon.Azrin keluar ke pintu pagar rumahnya."Rumah Azrin Ikmal ke?"Tanya posmen itu."Ya,saya."Balas Azrin.Nadanya biasa sahaja."Surat untuk awak.Tolong tandatangan disini."posmen itu berkata.Azrin menurunkan tandatangannya."Terima kasih."Ucap Azrin.Ditangannya terdapat 2 keping surat dan sebuah paket.Dia membuka surat yang diterimanya."Alhamdulillah,aku dapat!"Jeritnya.Seronok betul.Tangannya lantas mencapai telefon bimbitnya diatas meja.Nombor terus didail.3 kali dailan,tiada jawapan.Azrin hampa.Dia memeriksa panggilan tidak dijawab.'Hah?Ariesha?'Fikirnya.Nombor Zahra Ariesha terus didail semula.
"Hello,Ariesha."
"Ya,Azrin."
"Ada apa awak telefon saya?"
"Oh.Saya nak tanya awak dapat ke?"
"Saya dapat.Alhamdulillah."
"Iya,samalah kita.Awak dapat dekat mana?"
"Err...saya dapat dekat Kuantan."
"Oh,ya?Kita semua samalah macam ni."Nada Ariesha sungguh gembira.
"Oh ya?Dapat jadi macam dulu.Seronoknya!"
"Haha..iyalah.Ok,saya nak solat dulu.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

     Zahra Ariesha mengemas pakaiannya Kedalam sebuah beg bersaiz sederhana.Dia akan ke Kuantan dan akan pulang semula jika ada kelapangan.Dia pergi agak lewat sedikit kerana dia tidak perlu memohon hostel universiti.Ini kerana kawannya,Aida telah menyewa sebuah rumah berhampiran universiti.Jadi mereka akan tinggal disana."Sha,dah siap ke?"Tanya Puan Marina."Dah nak siap,Ibu.Ada lagi sikit benda yang belum siap."Kata Ariesha."Sha,kamu dekat sana jangan lupa telefon Ibu dengan ayah ye.Lepastu,bila adik kamu nak ambil peperiksaan UPSR nanti,jangan lupa telefon.Kesian dia."pesan puan Marina.Ariesha mengangguk."Nanti,kalau hujung minggu,kamu lawatlah rumah Mak Su Maria kamu tu.Hah!Lagi satu,kamu jaga diri ya."Ucap Puan Marina."Ya,ibu.Sha nak tidur dulu ya ibu.Nanti Sha mengantuk nak drive pergi Kuantan.Selamat malam ibu."Ucap Ariesha.

     Ariesha menyalami ibunya,ayahnya,adiknya,Zarifah."Kakak,jangan lupa Fa.Fa sayang kakak."Pesan adiknya."Sha,jaga diri."Pesan ibunya."Sha,jangan lupa kami."Pesan ayahnya.Ariesha memandu keretanya ke Kuantan.Aida menelefonnya.Dia sudah berada di Kuantan sejak semalam lagi.

     "Assalamualaikum,Aida."Ariesha mengetuk pintu."Waalaikumsalam."Balas Aida lalu membuka pintu rumah."Ariesha.Datang pun kau.Susah nak cari rumah ni?"Tanya Aida."Tak adalah.Dekat je dengan universiti kita kan,10 minit saja."Kata Ariesha.Ariesha memandang sekeliling.Rumah teres 2 tingkat itu dipandang.Perabot semua lengkap."Ini full furniture ke?"Tanya Ariesha."Haah.Nanti kita sewa je.Sewa dia murah,800 je sebulan.Tak termasuk bil lain."Kata Aida menerangkan.Ariesha mengangguk faham."Dahlah,kau naik dulu.Nanti kita makan.Lepastu jalan-jalan tengok sekeliling."Kata Aida.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan