Ahad, 6 Julai 2014

Pilih A ataupun B? (Bab 8)

     Semua doktor praktikal berkunpul di taman di tingkat bawah Hospital Sri selangor.Doktor doktor praktikal tersebut dibawah kendalian Dr.Farisya.Muka Ariesha dan Rayyan tak segembira yang selalu rakan rakan mereka yang lain lihat.Muka mereka,macam sedih pun ade,macam nak menangis pun ade.Macam jealouse je pun ade.
     "Baiklah,nanti saya nak bagi final marks untuk awak yang praktikal ni 5 orang.Kalau perasan kita ada "Dr.Junior" dekat sini.Itu sebab awak cuma 5 orang,ini kena kerja berpasangan."Terang Dr.Farisya."Ariesha,bangga tau sebab dapat partner macam Dr.Ariel tu.."Tambah Dr.Farisya lagi.Ariesha hanya senyum plastik sambil matanya tak sudah sudah melirik Rayyan dan Kiki yang gedik itu.
     "Saya bertuah dan sangat happy dapat partner macam Ariesha ni.Thanks Ariesha sudi nak berpartner dengan saya."Kata Dr.Ariel sambil tersenyum.Ariesha membalas senyuman Dr.Ariel.Ariesha juga perasan mata Rayyan memandang dirinya dan Dr.Ariel.Haih..Sehari yang rumit.
     "Doktor,kalau macam ni,saya tak dapat nak balik awal tengok dramalah macam ni!"Keluh Aida sambil ketawa.Terpaksa tipu untuk kebaikan.Mana ada nak tengok drama harini.Tapi,tengok Rayyan dan Ariesha macam kesian aje nak tengok.
     "Ohh..yeah.Sorry..Baiklah..Saya nak bagi task untuk kamu semua."Kata Dr.Farisya sambil mengedarkan kertas kepada setiap sorang satu.

     Task terakhir mereka yang amat memeningkan kepala Ariesha.Kena selesaikan task lepastu selesaikan "kerja" terakhir mereka.Dahlah kaki kena ikat bersama nak gerak payah betul.Nasib baik tangan tak ikat..Kalau tak..Oh tidak!Susah nak bayangkan..
     "Sha,kita gerak ke sana ye!Jangan jalan kesana sebab kaki kena ikat susah sikit." Pesan Dr.Ariel.
     "Oh..iyelah."Jawab Ariesha pendek.

     "You,boleh tak jangan ikut kaki you saje?"Marah Kiki.
     "Kau ni kan,marah marah aku.Tapi kau nak pergi tempat yang salah.So,follow my leg is better then follow your leg."Kata Rayyan.Kiki pula dah menarik muka masam.Kalau tak kau ni pujaan hati aku,dah lama aku bagi "buku 5"..Tapi,aku tetap nak kejar kau Rayyan..
     "Rayyan hati-hati.Ada halangan depan tu.I takut."Kata Kiki sambil menarik lengan Rayyan.Rayyan pula dah mencebik mengutuk ngutuk dalam hati.
     "Kau ni kan beranilah sikit.Janganlah nak takut takut sangat.Haish..patient kau ni,agak agak "bertuah" dapat doktor yang "pemberani" sangat macam kau ni kan?" Kata Rayyan.
     "Erghh..bedak cair.."Kata Kiki perlahan namun masih boleh didengar ditelinga Rayyan.
     "Hahaha..tulah kan.Orang nak buat outdoor activities kau boleh lagi pakai mekap setebal kamus.Kesian.."Perli Rayyan.Tanpa disedari Rayyan,Kiki pura pura pengsan disebelah Rayyan.Alasannya,konon panas sangatlah..
      "Ehh..Dah kenapa dengan dia ni.Boleh pulak pengsan dekat sini!"Kata Rayyan sambil mendengus.Tangannya elok je memukul mukul pipi Kiki.Kiki pula dah menahan sakit.Aku pengsan ni nak cari perhatian kau jelah.Kalau tak manalah aku nak kena tampar tampar "manja" macam ni!Fikir Kiki dalam pengsan pura-puranya.
"Doktor!Kiki pengsan!"Panggil Rayyan apabila Kiki tak juga bangun.Dr.Farisya meluru kearah Rayyan dan Kiki.
   "Kiki..Bangun!"Panggil Dr.Farisya."Rayyan,tolong angkat dia ke treatment room."Kata Dr.Farisya.Rayyan terkejut dan termenung seketika."Apa awak tunggu lagi tu?Cepatlah angkat dia.Saya jalan dulu pergi sana!Cepatlah angkat dia.Karang dia ada kecederaan dalaman ke,hah!Awak tanggung!"Amaran Dr.Farisya menyedarkan Rayyan.Sempat lagi Rayyan mengeluh.Kau ni kalau tak buat aku susah tak boleh kan?Haish..masalah betul harini!Rayyan mengangkat Kiki.
   
     "Akhirnya siap pun task kita!"Kata Ariesha gembira.Sekurang kurangnya takdelah dia terikat dengan Dr.Ariel lama sangat.
     "Yelah Ariesha.Saya pun seronok juga!"Kata Dr.Ariel.Ariesha pula tercari cari Rayyan.Dia terlihat pula kelibat Azrin.
     "Azrin,Rayyan dekat mana?Tak nampak dia pun?"Tanya Ariesha.
     Azrin teragak agak untuk menjawab."Err...Dia..Err..Rayyan pergi hantar Kiki pergi treatment room.Kiki pengsan tadi!"Terang Azrin dengan Yakin.
     "Hah pengsan?Macam mana pulak boleh dia pengsan.Kenapa Rayyan yang hantar dia?Ini kan hospital,nurse boleh je tolong!"Kata Ariesha tak puas hati!
     "Sha..Relaks sekejap boleh?Kalau kau nak tanya soalan tu,please jangan tanya dengan aku.Pergilah tanya dengan Rayyan nanti.Anything,you can go to the treatment room.I sure that Rayyan is there."Kata Azrin menenangkan Ariesha lalu beredar ke kafe.
     "Azrin!Kau nak pergi kafe ke?Aida pun ade sekali kan?Nak ikut sekali."Pinta Ariesha.
     "Kau tak nak pergi jenguk Rayyan dekat treatment room ke?"Tanya Azrin.Ariesha pantas menggeleng.Tak sanggup..Tapi dalam hati nak sangat jenguk Rayyan.Rindu sangat!
     "Ok then."Balas Azrin.

     "Sha,kau sihat ke?"Tanya Aida.
     "Aku ok je kenapa?"Balas Ariesha sambil mengangkat kepalanya yang dibaringkan keatas meja di kafe.
     "Nampak tak ok sebenarnya."Kata Azrin.
     "Tak delah.Mungkin aku penat sangat kot.Aku nak baliklah."Kata Ariesha lalu bangun dari duduknya.
     "Ehh..Sha!Kau nak balik macam mana ni?"Tanya Aida.Ariesha datang bersama Rayyan tadi jadi,balik dengan Rayyan jugak ke?Bukan dia merajuk eh?
     "Err..Aku nak jumpa Rayyan lah ni.Kalau tak pun,aku tumpang kau ye nanti boleh?"Tanya Ariesha.
     "Bolehlah Sha.Dah..pergilah balik rehat."Kata Aida.

     Ariesha berjalan ke treatment room yang terletak di tingkat 1.Kakinya mula melangkah masuk ke treatment room.Kepalanya yang melayang membuatkan dia hendak cepat balim ke rumah.Apa yang dilihatnya nyata membuat kepalanya lebih berdenyut denyut dan hendak pengsan bila bila masa sahaja.
     "Rayyan..awak.."Belum sempat Ariesha menghabiskan kata katanya Ariesha pengsan dihadapan pintu treatment room.Rayyan yang sedang menyuap terpaksa Kiki itu terkejut.Pinggan yang dipegangnya terjatuh dan pecah berkecai.
     "Ariesha!"Kata Rayyan yang terus meluru kearah Ariesha.Kiki pula membuat muka menyampah tambah dengan risau sikit.Rayyan terus mengangkat Ariesha ke katil di treatment room dan memanggil nurse.

     Ariesha memegang kepalanya yang berdenyut denyut.Matanya terbuka dan melihat wajah 5 orang yang dikenalinya.Dr.Farisya,Aida,Rayyan,Azrin dan..Kiki?Rayyan pula duduk disisinya dan memegang erat tangan Ariesha.
     "Sha dekat mana ni?"Tanya Ariesha yang masih bingung.
     "Sha..Sha dah bangun ke?Sha dekat hospital ni.Tadi Sha pengsan.Mungkin cuaca panas sangat dan Sha kurang air dalam badan.Takpelah lepas ni Sha dah boleh discharge."Terang Rayyan.
     "Haa..Ariesha,kamu boleh balik dah ni.Dahlah..Kami keluar dulu.Jom!"Ajak Dr.Farisya.Kiki pula seakan tak mahu berganjak."Kiki!Kamu nak jadi patung dekat sini ke?"Sindir Dr.Farisya.Kiki mula berganjak dari situ.
     "Rayyan,sampai hati buat Sha macam tu!"Kata Ariesha seakan merajuk.
     "Buat macam tu?Buat macam mana?Sha cakap apa ni.Rayyan tak faham?"Kata Rayyan.
     "Rayyan,please.Dont torture my heart.Sha nampaklah apa yang Rayyan dengan Kiki tadi!"Kata Ariesha sambil mengalirkan air mata.
     Dengan Kiki?Rayyan cuba mengingat.."Sha,tolonglah dengar penjelasan Rayyan!"
     "Penjelasan?Apa lagi yang Rayyan nak cakap?Tak de maknanya lagi!"
     "Awak!Dengarlah dulu..Saya suap Kiki tu tadi sebab saya terpaksa!Dr.Farisya suruh saya suap dia sebab dia taknak makan.Kalau tak makan bertambah teruklah sakit dia."Terang Rayyan.Ariesha diam seketika.
     "Betul ni awak?"Tanya Ariesha.Air matanya mula terhenti.
     "Betul la awak.Dahlah jangan nak nangis lagi ya!Jom balik."Kata Rayyan sambil menyeka air mata Ariesha.

     "Assalamualaikum!Ibu,Sha dah balik dah!"Kata Ariesha dan Rayyan serentak.
     "Haa..Waalaikumsalam.Memandangkan Rayyan ada sekali ni.Meh duduk kejap.Fa!Tolong buatkan air untuk Abang Rayyan."Kata Puan Fatimah.
    "Ada apa masalah aunty?"Tanya Rayyan sambil duduk di sofa.
     "Takde masalah apa pun.Ni,aunty nak tanya kamu ni,bila nak masuk meminang Sha ni.Praktikal lagi seminggu.Tunang lagi 3 minggu ni?"Tanya Puan Fatimah.
     "Oh,pasal itu.Insyaallah.Kalau tak ada aral melintang,nak meminang Sha seminggu lepas praktikal.Seminggu sebelum tunang."Terang Rayyan.
     "Haa..eloklah tu.Jemput minum."Kata Puan Fatimah.
     "Sha,nak naik dulu ya.Nak mandi,solat lepastu nak rehat kejap."Kata Ariesha.
     "Awak!Rehat cukup ya!Jaga kesihatan!Nak tunang lagi 3 minggu!"Pesan Rayyan.Ariesha tersenyum sambil mengangguk.
 
     "Faa,tolong kakak ambil reben dekat atas!"Laung Ariesha.Zarifah yang menonton TV mendengus.
     "Akak ni!Tak bawak je turun satu plastik je tadi."Kata Zarifah sambil menghulurkan reben biru kepada Ariesha.
     "Alaa...Tolong akak sekejap je pun takkan tak boleh.."Kata Ariesha.
     "Boleh je..Tapi,akak!Dah ready nak jadi tunang orang?"Tanya Zarifah.
     "Ready je.."Jawab Ariesha selamba.
     "Haha..Memanglah ready je.Sebab bukan kahwin,tunang je kan."Kata Zarifah. Bunyinya macam nak menyindir aje.
     "Fa,tunang ke..Kahwin ke..Suasana akan jadi berbeza,alright.Tanggungjawab pun berat.Nanti kalau Fa dah tunang....Nanti fahamlah."Kata Ariesha.Susah pulak adik aku yang sorang ni.
   
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan