Selasa, 1 Julai 2014

Pilih A ataupun B? (Bab 7)

     "Sha,bangun Sha.Sha jom kita pergi klinik."Kata Rayyan memanggil Ariesha. Ariesha membuka sedikit demi sedikit matanya.Kelihatan ibunya dan Rayyan berada di sisi katilnya.
     "Rayyan?Buat apa kat sini.Susahkan awak je."Kata Ariesha.
     "Tak susah pun.Tak jauh pun nak drive dari hospital nak ke sini."Rayyan senyum.
     "Sha,Rayyan datang nak ajak pergi klinik ni.Badan Sha panas.Dah bersiaplah."Kata Puan Fatimah.
     "Haa?Eh,susah susah je awak.Saya boleh drive sendiri je pergi klinik."Kata Ariesha.
     "Awak,jomlah..Jauh saya drive ni nak ajak awak pergi klinik je.Nanti bolehlah pergi kerja lagi."Pujuk Rayyan.Haih..budak degil memang macam ni ke?
     "Ehh..Kata tadi tak jauh nak drive ke sini.Awak ni kan!Okeylah..Saya siap dulu.Awak tunggu dekat bawahlah."Kata Ariesha.

     "Jangan lupa makan ubat.Kalau dah sembuh boleh cepat pergi kerja.Banyak berehat jangan fikir pasal kerja banyak sangat."Pesanan Rayyan.
     "Baik boss!I'll promise..Insyaallah.Nanti kalau saya dah sembuh bolehlah pergi kerja lagi.Boleh jumpa Doktor Azrin,Doktor Aida dan tak lupa Doktor Ariel."Sindir Ariesha sambil tergelak kecil.Rayyan pula dah menarik muka seribu.
     "Haa..kalau macam tu demam sampai habis praktikal jelah.Tinggal 1 bulan setengah je."Sindir Rayyan.
     "Habistu awak nak saya dapat Gred rendah sebab 1 bulan setengah je datang praktikal?Adui..Taknaklah jadi tunang awak."Kata Ariesha.
     "Alaa...Dia pulak yang merajuk.Okay..Okay..Kita gurau je.Dah pergi sana.Rehat cukup cukup tau.Assalamualaikum."Kata Rayyan.
     "Waalaikumsalam.."Kata Rayyan lalu turun dari kereta milik Rayyan.

     Doktor Ariel berjalan dari lobi hospital ke lif di lobi.Dia terserempak dengan Doktor Rayyan di lif.
     "Ehh..Doktor Rayyan.Selamat pagi."Ucap Doktor Ariel.
     "Selamat pagi yang tak berapa nak pagi Doktor Ariel."Ucap Rayyan.
     "Dari mana ni?Ada patient luar ke?"Tanya Doktor Ariel.
     "Err..Haah."
     "Oh,dekat mana tadi?"
     "Dekat PJ.Rumah Doktor Sha."Ting..lif berhenti.Mereka masuk ke dalam lif.
     "Doktor Sha sakit ke?Sakit apa?"
     "Demam..Alaa dia tu,demam sikit je.Tak ape sangatlah."
     "Demam tak boleh biar lama lama.Nanti melarat tau."
     "Tak pe.Saya dah bawak dia pergi klinik."Dalam hati..Amboi kau doktor,prihatin nya dengan Ariesha.Ingat!Dia aku punya.
     "Ohh..Awak dengan Ariesha ada ape ape ke?"Tanya Doktor Ariel.Lif berhenti di tempat tujuan Doktor Ariel."Tak pelah..Nanti sembang sembang lagi.Saya nak kena pergi ni.Bye.."Doktor Ariel keluar dari lif.Haih..sibuk!Fikir hati Rayyan.

    Ariesha terjaga apabila mendengar bunyi beep dari menandakan mesej masuk di handphonenya. 
Budak nakal,dah sihat belum?

     Rayyan..Rayyan..Tengah sibuk sibuk layan patient pun boleh lagi tanya khabar.Ariesha tersenyum..Bertuah dia dapat Rayyan..Haih,teringat kisah lama.

Dah..Saya dah sihat dah ni.Mungkin esok dah kerja kot.Or lusa.

     Rayyan menggeleng geleng kepalanya membaca balasan Ariesha.Ishh..Bak kata orang budak nakal memang degil.Workoholic sangatlah Ariesha ni.

     Awak,kalau sakit rehat jelah kat rumah tu..Tak payah
nak fikir sangat pasal kerja ni.Pasal patient awak tu,jangan
nak risau sangat.Saya dah take over dah.

     
     Alahai Rayyan ni,risau sangatlah..Ok,kalau taknak dia risau gila,kita "sakat" dia sikitlah..Baru syok!Ariesha tergelak sendiri.

Awak ni kan,saya tak adelah risau sangat pasal
patient saya..Saya rindu la nak jumpa Doktor hensem 
saya tu..Apatah nama dia..err haa..Doktor Ariel.Tolong ehh..
jangan nak perasan terlebih ye! :)

     Wah..Wah..Wah..Ariesha ni kan ingat orang nak sukalah tu kan..Siap letak emotikon senyum lagi dekat situ..Ingat orang nak cair ke?Bebel Rayyan seorang diri.
     "Hai kawan!Cakap sorang sorang pahal dekat situ?"Tegur Azrin.
     "Tak adalah..Ni hah si Ariesha ni,pandai je nak menyakat aku pasal doktor yang dia cakap hensem tu.Doktor Ariel."Kata Rayyan.Cepat Azrin merampas telefon Rayyan dan membaca setiap butir smsnya.Seketika kemudian Azrin gelak.
     "Haish korang ni kan..Dah jom,kita tengok result pasangan untuk projek khas praktikal doktor Farisya ni.Aku harap bukan dengan minah psycho tu."Kata Azrin. Rayyan mengemas barangnya dan terus ke papan kenyataan tingkat 2.
     Ariesha pula dah seperti cacing kepanasan dekat rumah ditunggunya Rayyan reply,tak ada pun reply.Merajuk ke?Ariesha...Kau ni apesal teruk sangat pergi sms macam tu kat Rayyan.Haa..tanggunglah sendiri.Alamak..Rayyan ni betul betul merajuk ke?

     "Alahai...Sedih lah kalau macam ni!"Keluh Rayyan.Kali ni dah masuk 10 kali dia cakap benda yang sama!Mana tak sedih kan?
     "Alaa Rayyan.Relaks la..Cuma untuk 1 special project yang Dr.Farisya tak bagitau lagi.Relaks Rayyan 1 je."Kata Aida menenangkan rakannya.
     "Apa relaks relaks hah?Aku tak kisah kalau dapat dengan Kiki sekalipun.Pandai pandai akulah..Tapi kalau Sha,dapat dengan senior konon Dr.Ariel tu..Aku.."Tak sanggup pulak Rayyan nak menyambung ayatnya.Sakit hati tau!
     "Alah..aku pun dapat dengan orang aku tak suka..Tu hah si Azrin."Kata Aida.Azrin dah membulatkan mata.
     "Haah..memang kau tak suka..Rafeeq je kau suka memanjang kan."Kata Rayyan yang sempat lagi bergurau.Aida malu malu je..Tiba tiba mereka terserempak dengan Doktor Ariel.
     "Haa..Rayyan.Dapat dengan siapa tadi?"Tanya Dr.Ariel.Ikhlas bunyinya bukan menyindir.
     "Dengan Kiki..I think you know her.Or her full name Nurul Aqilah."Jawab Rayyan.
     "Oh.Err..Rayyan,you have Ariesha's phone number right?Please give me.Cause I will be her partner for this special project."Kata Dr.Ariel.
     "Alamak!Phone saya tertinggal dekat my treatment room.Err..boleh mintak dekat mereka lah."Kata Rayyan sambil memaksudkan Aida dan Azrin.Dalam masa yang sama dia mengenyitkan mata pada mereka tanpa disedari Dr.Ariel.
     "Err...Phone saya battery dah habis.Lepastu tinggal lah dekat treatment room."Terang Azrin kepada Dr.Ariel.Tipu ke ikhlas ke tak taulah.
     "Err..bag saya tak bawak."Pendek jawapan Aida.Haa..itu baru ikhlas.Beg dia memang tak bawak.Tapi handphone cantik je dalam poket seluar.Nasib baik silent mode.
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan